caramel choco ice_cream cake
Join circle kami di Google+ resepi
Certificates contact

Jakimnew
Malaysia Halal Certificate from Islamic Development Department of Malaysia.


indon
Indonesia Halal Certificate from Majelis Ulama Indonesia (MUI).


thai
Thailand Halal Certificate from The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).


new
Halal Gelatine
2x 500G

Halal Gelatine 500g




star


PILIH HALAL...
PILIH GELATIN YANG HALAL HARI INI!
Klik di sini untuk membeli sekarang!


star
Kapsul Halal

KAPSUL HALAL
Khas untuk mengisikan berbagai jenis ubat-ubatan dan ramuan asli.
KLIK DI SINI


star
Resepi Istimewa
Menggunakan Gelatin Halal Khas untuk anda!
KLIK DI SINI


International Site
CLICK HERE

star
| Beli Pakej Berkembar | Beli pakej termurah | Beli & Jimat RM100! |

Klik 'LIKE' our new facebook page below



DAPATKAN SPECIAL OFFER 2013

HARI INI!
starJIMAT RM100star
KLIK DI SINI

ANDA  adalah...
apa yang anda...MAKAN!
Anor Rahman
Makanan adalah perkara pertama yang kita wajib risaukan. Sebab itulah kami mengharapkan ada kesedaran di kalangan kaum Islam di seluruh dunia.

Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata "ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN!" dengan kata-kata itu kami tinggalkan anda untuk mengambil ikhtibar serta fikirkan sedalam-dalamnya dan selami jiwa anda semua.



Anor Rahman

MD, Halal Gelatine Hub
MALAYSIA/INTERNATIONAL

"Maka saudara dan saudari sesama Islam sedunia, berwaspadalah selalu. Makan makanan yang halal demi menjamin kesejahteraan hati nurani dan iman yang suci. PILIH HALAL, Insya-ALLAH!"

________________________

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

~ Surah 2 - Al Baqarah : Rangkap 173 ~


Razzi
"Yakinkah apa yang anda dan keluarga anda makan itu HALAL? ...atau mungkin ianya haram?" 




Razzi Rahman
Sales Executive
HALAL GELATINE HUB



"BREAKING NEWS"


Razzi Rahman
Halalgelatine.com amat berbesar hati apabila En. Faizal dari TV9 mengundang Marketing Manager kita En. Razzi Rahman untuk ditemuramah tentang kejayaan syarikat yang telah mengedar gelatin halal hampir ke seluruh dunia secara online. Jutaan terimakasih kepada TV9.


________________________

AWASLAH...

pilih...HALAL!


Tidakkah anda fikir yang anda wajib ketahui secara lebih terperinci tentang bahan apakah yang diletakkan di dalam makanan lazat yang anda makan selama ini?!

"Pencarian Gelatin Halal" keratan akhbar Julai 2006, rencana mengenai gelatin halal yang sewajibnya anda tahu. Di Malaysia kini isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan paperkepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal...sila baca lapuran penuh klik di sini



fruitcocktailGelatin Halal adalah satu fenomena yang semakin ramai yang memperkatakannya. Dunia hari ini terus hangat berbincang tentang isu sihat ini. Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak.
Misi kita di sini adalah untuk memahami dan mengenalinya dengan lebih lanjut lagi, seterusnya memilih jalan yang terbaik, suci dan HALAL. Di dalam pertemuan pertama kita ini, kami akan cuba untuk memberi informasi untuk anda sebanyak-banyak yang termampu. Insya-ALLAH.



apa itu gelatin


cakeGelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"


halaltidak

chocolatesBila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan. Read more...

Bagaimana pula dengan pencuci mulut?

Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.

BIMBANG!,  RISAU!,  RESAH...

Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin  yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

fruitcocktailPemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.

Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!  desserts recipe.


awas
AwasAdakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.

Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:
  • Kapsul penyalut ubatan
  • Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
  • Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
  • Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
  • Semua Minyak Wangi
  • Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
  • Losen Badan, kaki dan tangan
"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"

BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS  MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~

>> Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.

>> Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.

>> Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti

>> Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.

>> Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH

>> Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.

>> Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.

>> Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.



apakah penyelesaiannya
"Sekarang, anda mulai merasa bimbang apabila anda mengetahui yang semua yang anda makan selama ini adalah HARAM kan? ...banyak benda-benda kegunaan harian juga haram!  Saya juga teramat risau..."

Lebih memburukkan keadaan lagi, jumlah gelatin halal yang dikeluarkan di dalam dunia ini agak terhad pula. Dan bukan semua gelatin yang tertulis halal itu adalah benar-benar halal. Sekali lagi , masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan.



PILIH HALAL , PILIH GELATIN HALAL!



BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL

~ GELATIN HALAL ~

  • Baik untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi

  • Kesihatan anda sekeluarga akan lebih terjamin

  • Masakan kita akan lebih bersih dan suci

  • Membantu Produk alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih baik

  • Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang

  • Dianugerah Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas

  • Memiliki satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil, pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!

  • Sesungguhnya Tuhan akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL dan menegah yang HARAM. Rujuk kepada Ayat-ayat Al-Quran di sini >> HALAL & HARAM

_________________________
siapakah
gelatin
  • Suri Rumah- Yang selalu memasak kuih, kek, puding dll
  • Penjual-penjual kuih muih
  • Pemilik kedai kek- Tidak kira ugama atau bangsa kerana pelanggan mereka juga Islam
  • Pemilik Restoran - Tukang-tukang masak restoran seharusnya lebih peka dengan kehendak pelanggan dengan menyediakan pemanis mulut yang dijamin HALAL
  • Kilang-kilang yang membuat kosmetik kecantikan
  • Pengeluar Ubat gigi, minyak wangi, sabun, losen
  • Pembuat kapsul softgel
  • Pembuat produk-produk berbagai jenis makanan
"Semua orang tidak kira bangsa atau pun agama seharusnya menggunakan Gelatin Halal ini untuk produk mereka kerana selagi mereka menjual barangan mereka pada orang Islam, maka selagi itu tanggungjawab mereka menghormati hukum agama Islam kita!"



akhir
caramelSeluruh umat Islam di dunia bertungkus lumus untuk pemakanan halal, bersusah payah mencari dan bertanya ke sana-sini dengan sedikit harapan agar dapat berjumpa gelatin halal dan belum ada lagi yang benar-benar menjumpai gelatin yang benar-benar halal. Kini, pencarian itu berhenti di sini, anda sudah tidak perlu mencari lagi. Pencarian anda berhenti sekarang juga!!! Kerana...

...sudah ada pengeluar GELATIN HALAL di Malaysia iaitu HALAGEL!

halagel

Syarikat Halagel (M)Sdn.Bhd. yang telah ditubuhkan pada 19 Ogos 1997 adalah satu alternatif bagi persoalan anda. Syarikat Halagel telah berusaha keras dalam mencari gelatin halal untuk kegunaan industri makanan dan farmaseutikal. Sejajar dengan misi syarikat, Menyediakan Produk Alternatif Yang Halal Bagi Masyarakat Islam Sedunia!

mengapa
  • Kilang gelatin terletak di sebuah negara Islam iaitu Pakistan
  • Kilang tersebut dipunyai 100% oleh orang Islam
  • Semua pekerja di bahagian pengurusan dan operasi juga adalah 100% terdiri daripada orang Islam
  • Gelatin yang dikeluarkan bersumberkan dari tulang-tulang haiwan yang Halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau.
  • Haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam mengikut syariah
  • Halagel gelatin adalah benar-benar gelatin halal kerana pemprosesan tulang-tulang haiwan yang halal TIDAK PERNAH dicampurkan dengan tulang-tulang dari sumber lain yang tidak halal seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kilang gelatin lain di dunia.

Oleh itu Halagel gelatin telah diiktiraf halal oleh tiga badan utama di Malaysia, Thailand & Indonesia iaitu:
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Islamic Central Committee of Thailand (ICCT)
  • Pengkajian Pangan,Obat-obatan dan Kosmetika–Majelis Ulama Indonesia(LPPOM-MUI)
>> Pemeriksaan ke kilang gelatin dan pusat penyembelihan juga dilakukan setiap tahun bagi memastikan kualiti dan status halal gelatin terjamin sepanjang masa.


masihragu
iceMengapa masih susah untuk menerima hakikatnya? Mengapa masih tidak mahu berubah? Apakah anda sanggup untuk terus memakan makanan yang dipenuhi dengan bahan-bahan haram? Masih mahu menggunakan barangan harian anda yang anda tahu bersalut dengan lemak babi, najis?
Tidak cukupkah lagi dosa yang telah sedia ada, maka kita tambahkan lagi? Tidak terfikirkah anda yang ini juga adalah salah satu cara orang-orang kafir mencuba untuk memesongkan akidah kita secara halus?! Mengapa kita mesti tunduk pada hasutan syaitan? ...tunduk pada mereka?

Janganlah anda ragu-ragu lagi! Fikirlah akan anak-anak anda yang sedang membesar. Berilah peluang kepada mereka untuk membesar dalam situasi yang lebih baik. Fikirlah akan masa depan dunia kita. Didiklah anak-anak anda memakan makanan yang bersih, suci lagi HALAL!

"JADI...AWAS, jangan tertipu dengan berbagai-bagai jenis makanan yang mempunyai gelatin haram...PILIH HALAL, PILIH GELATIN HALAL!!!"

Dapatkan
Halal Gelatin

| Beli Pakej Berkembar | Beli pakej termurah | Beli & Jimat RM100! |


HakCipta Terpelihara © 2006 Halalgelatine.com. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh dicetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. Sebarang komen atau pendapat: info@halalgelatine.com